Thursday, 20 December 2012

Kemas Kelas

Assalamualaikum......
                                                                   
Hari ni saya nak citer pasaaaaal kemas kelas! Tudia, banyaknya 'a' dia. hehehe..... Pagi tdi lebih kurang pukul 9 lebih saya pegi sekolah sebab nak belajar kemas kelas. Yang datang tadi 7 orang je. Budak laki yang datang 2 orang SAHAJA. Padehal hari tu dah bagitau kat diorang. Ntahla lupe ataupon malas nak datang. Perempuan 5 orang,saya, Nadia,Fazlin, Athirah dengan Auni. Laki pulak Adib dengan Muhaimin.

Tapi tadi tiba2 je Muhaimin tu sakit perut. Pastu die telefon la mak die suroh ambik.(rasanyalah) Lepas die balik Adib tinggal sorang2 je. Kesian.....hehehe... Tapi yang banyak buat keje pon perempuan je. Sapu sampah, angkat rak, angkat kerusi semua budak perempuan yang buat. Adib tu tolong lap rak dengan susun kerusi je. Huh...
Class Jobs!!! :D
                                                       
Pastu lebih kurang pukul 11 lebih tu saya dengan kawan2 pegitolong cikgu kat dalam bilik SPBT. Tolong cop buku2 teks dengan tulis ape ntah. Tapi ramai kawan saya balik awal tadi. Saya tengah cop buku2 teks lagi masa tu. Yang balik paling lambat pon saya dengan Athirah. Lepas habis cop buku2 teks tu saya dengan Athirah makan nasi lemak pulak sebelum balik tadi. Pastu baru la balik. Tapi saya x de gambar2 yang di-snap masa kemas kelas tadi sebab x bawak camera. Nadia je yang bawak. Die kata nanti die bagi la gambar2 yang telah di-snap tadi. Tapi x tau la bile. Okeylah, dah x larat nak tulis banyak2 dah ni.

                               Okey, bye! See you in the next post!Senyum sokmo!!! ^_^

Sunday, 16 December 2012

Balut Buku

Assalamualaikum.......

Ni bukan buku yang saya balut.Ambik dalam internet je hehehe.......
Dah bersawang dah blog ni. Ha, nampak x labah2 kat blog ni? ada berapa ekor? labah2 ade ekor ke? abaikan je la soalan2 merapu tu.hehehe.....ha, sekarang ni cuti sekolah kan? buku teks korang dah berbalut ke belum? pegi tengok cepat! kalau dah balut bagusla, kalau x balut bila nak balut? saya baru je balut tadi. yang tu pon nak cakap ke? keh keh keh.... penat woo balut buku tadi.habis lenguh pinggang ni....asyik terbongkok2 je tadi nak bagi balutan tu kemas... kalau nak balut buku ke nak balut ape ke saya memang selalu beli pembalut yang jenis kena balut sendiri sebab kadang2 pembalut yang dah siap tu nipis sangat. tapi x la semue kan...ade yang jenis o.k dan ade yang jenis k.o... hehehe

Saje je letak gambar ni....
Tapiiiiiiiii yang paling membanggakan bangga la sangat saya boleh balut sampai 16 buah buku. ha,jelly x? buat ape nak jelly, korang kan penah balut buku lagi banyak drpd saya. sebenarnye bukan buku teks je yang saye balut tapi sekali dengan novel2 yang beli haritu pon saye balut termasuklah novel2 yang dah lama beli tapi x balut2 lagi tu..... lagipon ayah saya beli pembalut tu sampai 5 meter... boleh la balut banyak2.kalau beli yang jenis dah siap tu sikit je yang boleh balut.kalau nak balut banyak2 kene beli banyak2 la kan. baik beli yang kena balut sendiri tu. lebih berbaloi.....tapi saya cuma tolong balut je yang ukur tu kakak saya. dia pon ade la balut jugak. entahla berapa.... Okeylah kakak saya nak guna pulak laptop ni. Bye!!! See you in the next post......^_^

Bukuuuuuuuuuuu!!!

Thursday, 6 December 2012

Gambar je....

Assalamualaikum.....

dah 2 hari saya x post. hari ni baru la rajin nak post. saya pon x tau nak tulis apa. saya letak gambar je la...


huish, sedapnya kek ni....hahaha

kucing makan pizza ke???

korang pilih yang mana satu? ^_^



gangnam style.... hehe

x de idea nak tulis apa.... hurm, letak gambar je la.. haha
Okey, bai! See you in the next post.


Monday, 3 December 2012

Pesta Buku

Assalamualaikum....

Hello! Hari ni saya nak post tentang pesta buku. Ha, tadi saya pi pesta buku kat Perpustakaan Negeri Pulau Pinang,Seberang Jaya. x la ramai sangat orang kat pesta buku tu tadi. jadi x la sesak sangat. saya beli novel PTS & buku ulangkaji UPSR. Yelah tahun depan kan nak UPSR. Nilah novel yg saya beli....







Okey, bai!

Sunday, 2 December 2012

Cerita lawak :D

Assalamualaikum....

Hari ni saya x nak tulis banyak-banyak. Saya nak post pasal cerita lawak je....semua cerita ni saya ambik drpd internet jadi kalau korang nak baca banyak lagi cerita lawak korang cari la kat internet ye sebab saya ambik sikit2 je....

Cerita 1

Man: Bapa aku hebat. Dia polis. Semua orang takut ngan dia.
Ali: Eleh, bapa aku lagi terer. Kalau dia suruh orang tunduk, mesti orang tu tunduk.
Man: Wow! Bapa kau keja apa?
Ali: Tukang gunting rambut.

Cerita 2


Ayah: Apasal B.I kamu ni asyik dapat kosong jer...! Apasal hah?
Anak: Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyak kat bebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila giliran adik jer, bintang dah abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan.

Cerita 3

Doktor: Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari.
Pesakit: Eh! tak boleh la doktor.
Doktor: Kenapa?
Pesakit: Rumah saya ada dua sudu jer.

Cerita 4


Cikgu: Hasan,sambungkan 2 ayat ini menjadi satu. 'Ali menaiki basikal ke sekolah. Ali ternampak mayat.'
Hasan: Ali ternampak mayat menaiki basikal ke sekolah.

Cerita 5

Cikgu: Encik,anak awak didapati meniru Ali dalam exam.
Bapa: Apa bukti awak?
Cikgu: Encik tengok soalan nombor 4 nie. Siapakah menemui Pulau Pinang? Seman tulis "Saya tak tahu"dan anak encik tulis "Kalau engkau tak tahu, aku lagi la tak tahu".

Cerita 6

Seorang lelaki telah pergi ke sebuah kedai kek untuk memesan sebiji
kek sempena hari jadi isterinya. "Apa yang hendak ditulis pada kek
ulang tahun ini, encik?" tanya si gadis manis yang bertugas di
kaunter kepada lelaki itu."Mmmm, tulis saja "Sayang tidak bertambah
tua" di bahagian atas, kemudian sambung dengan "Sayang cuma bertambah
cantik" di bahagian bawah," kata lelaki itu.

Esoknya, lelaki itu datang mengambil kek yang ditempahnya itu dan
terus membawa pulang ke rumah untuk dipersembahkan kepada isterinya
yang tersayang di hadapan tetamu-tetamu yang lain. Dan ketika kek itu
dibuka di depan isteri dan tetamu undangan yang lain, lelaki itu
setengah pengsan ketika membaca tulisan yang tertera di kek itu:

"SAYANG TIDAK BERTAMBAH TUA DI BAHAGIAN ATAS. SAYANG CUMA BERTAMBAH
CANTIK DI BAHAGIAN BAWAH."

Cerita 7


Seorang pesakit yang akan dibedah terbaring di katil bilik bedah dengan muka yang pucat. Seorang doktor bedah muda masuk sambil menyapa pesakit tersebut dengan ramah.
“Awak kelihatan takut sekali, jangan bimbang, semuanya akan berjalan dengan baik dan lancar, jadi tabahkan hati mu…”
“Bagaimana tidak takut doktor, seumur hidup, inilah kali pertama saya dibedah.”
“Sama-sama, saya juga kali pertama buat pembedahan, saya sama sekali tidak merasa takut…”

Cerita 8

Suami : Kenapa sayang menangis?
Isteri : Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri : Buku bank abanglah..

Cerita 9

Ada sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta
derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun membuka
pintu.
budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk
didermakan?
budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????

Cerita 10

3 orang asli menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor
tersebut tidak berhenti. Katanya, ‘Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!


Cerita 11

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk
menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus.
Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik
berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang
strok.
Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit
jantung
manakala yg ketiga
disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : 
Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya…

Ha.... cam ner? lawak x? sebenarnya ada banyak lagi cerita lawak tapi saya malas nak letak... mesti ada antara cerita2 kat atas yg korang pernah baca. betul x? kalau lawak komen la.

                                                        Okey,bai. See you in the next post....