Wednesday 18 December 2013

Monumen Hebat Di Dunia

Assalamualaikum...

Ni saya baca daripada Asuh... pasal monumen yang hebat,unik dan cantik... :) nak share la,hehee... sebab tengok cantik je :DD jom baca,hehehe... :)

Masjid Al-Hambra,Granada,Spain

Al-Hambra (Isatana Merah) merupakan istana purba dan kompleks kubu yang dibina di antara tahun 1238-1354 Masihi di bawah pemerintahan Mohammed bin Ahmar yang merupakan Raja Nasrid pertama.

Masjid Kudus Al-Manar,Indonesia

Masjid ini dibina pada tahun 1549 Masihi oleh Sunan Kudus (Ja'far Shodiq). Rekabentuk masjid ini bercirikan campuran Hindu dan Jawa. Menaranya yang berbentuk seperti candi yang kebiasaannya ditemui di kawasan kuil Hindu.

Masjid Pattani,Thailand

Masjid ini dibina pada tahun 1954 semasa pentadbiran Fil Marsyal Sarit. Ia menyerupai rekabentuk Taj Mahal. Ia merupakan tumpuan utama penduduk Islam Thai dan menjadi pusat untuk upacara keagamaan.

Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin,Brunei Darussalam

Masjid ini dinamakan bersempena nama Sultan Brunei ke-28 dan dibina pada tahun 1958 Masihi. Ia direka oleh seorang arkitek Itali. Struktur kubah emas masjid ini merupakan binaan tertinggi di Brunei.

Taj Mahal,Agra,India

Taj Mahal telah dibina oleh Maharaja Mughal kelima iaitu Shah Jahan. Ia dibina bagi mengenang kisah cinta abadinya dan juga sebagai simbol kasih sayang terhadap isterinya, Mumtaz Mahal.

Masjid Badshahi,Lahore,Pakistan

Masjid ini dibina untuk Maharaja Mughal Aurangzeb Alagmir pada tahun 1673 Masihi. Ia merupakan masjid yang terbesar pada zaman tersebut. Mengikut sejarah, ia boleh memuatkan sehingga  65,000 orang jemaah.

Kubah As-Sakhrah,Baitul Muqqaddis,Palestin

Dibina pada tahun 692 Masihi di bawah naungan Khalifah Umaiyah Abdul Malik ibn Marwan. Ia menyemadikan batu suci di atas Gunung Moriah. Tujuannya untuk memperingati perjalanan Nabi Muhammad SAW bertemu Allah SWT.

Masjid Besar Samarra,Iraq

Masjid ini dibina semasa pemerintahan Khalifah Abassiyah Al-Mutawakkil pada abad kesembilan. Ia berdiri dengan megahnya di dalam bandar yang tertua di dunia. Salah satu keunikannya ialah Menara Berpusing yang terletak di bahagian utara masjid ini.

Masjid Sheikh Lutfallah,Iran

Masjid ini merupakan satu contoh senibina Islam yang terbaik. Dahulunya ia digunakan sebagai masjid diraja. Ia dibina pada abad ke-17 oleh Sheikh Lutfallah Maisi Al-Amili yang merupakan seorang cendekiawan dan tokoh agama terkenal.

Masjid Abu Nasr Parsa,Afghanistan

Dibina pada abad ke-17 dalam gaya Timurid. Antara ciri menarik makam berbentuk oktagon ini ialah dua tiang berpusing di hadapannya. Pembinaan makam ini adalah bagi mengabadikan jasa ahli teologi terkemuka iaitu Khwaja Abu Nasr Parsa.

Masjidil Haram,Mekah,Saudi Arabia
 

Masjidil Haram ini merupakan tempat paling suci bagi semua umat Islam. Masjid al-Haram dibina mengelilingi Kaabah,iaitu kiblat umat Islam apabila mengerjakan solat. Bangunan asal masjid ini dibina menggunakan batu biru yang terdapat di Lembah Hijjaz.

Masjid Aleppo Citadel,Syria

Dianggarkan dibina pada abad ke-10 sebelum Masihi di atas sebuah bukit di Syria. Kota ini membuktikan kecanggihan teknologi umat Islam pada masa tersebut.

Dannn... Masjid tercantik di Malaysia.... :DDD
cantik kan? hehe... Masjid Ubudiah,Kuala Kangsar,Perak...

Okay,sekian.....
Sayonara <3

44 comments :

  1. semua ada keunikan masing2 kan dik :)
    cantik~~

    ReplyDelete
  2. @Affy Afiqah yup... betul betul,hehe :) semua unik dan cantik <3

    ReplyDelete
  3. Cantik sangat semua tuuu ..

    ReplyDelete
  4. MashaAllah, memang cantik2 semuanya.. :D

    ReplyDelete
  5. cantik senibina dan keistimewaannya. hehe akak dah pernah pegi semua tempat yg ada kat atas tu, tengok kat taman tamadun Islam :p

    ReplyDelete
  6. @Mazni Munawar betul betul.. unik <3 haha,kat taman tamadun islam ada kan... hehee ^^

    ReplyDelete
  7. semuanya cantik dan unik..suka tgk.. :)

    ReplyDelete
  8. memangs angat cantik..malysia pun tersenarai..

    ReplyDelete
  9. cantik, tenang dan damai je kan.. Masjid Besar Samarra,Iraq tu tak npk cm masjid biasa...

    ReplyDelete
  10. @Hafiza AizZawa betul betul.. tenang je tengok,hehe :D tu la... Masjid Besar Samarra tu unik kan? unik dan cantik... :)

    ReplyDelete
  11. ada 3 je yg kak sally tau...yg lain semua baru first time tgk...hehe....nice sharing dear!

    ReplyDelete
  12. nice info.. subhanallah, cantik sungguh rumah Allah..

    ReplyDelete
  13. @Norhasniza Khalid tq :) etul betul,sangat cantik dan indah... :)

    ReplyDelete
  14. wahhhhhhhhhhh
    cantik!!!
    qila suka yg pattani tu. comel heheehehe tapi semua cantik ah <333

    ReplyDelete
  15. Nak pergi Masjid Ubudiah! {andai Fatanah ni Malaysia letak last sekali, suspen je akak tunggu mana masjid Malaysia ni

    ReplyDelete
  16. Subhanallah.. cantik2 semuanya..

    ReplyDelete
  17. @Akeyla Azmi hehe,betul betul... semua cantik kan? :DDD

    ReplyDelete
  18. @Nadratul Syazwana tu la.. nak pegi jugak! hari tu ada lalu,tapi tak masuk pun,huhu....

    haha.. saja letak kat bawah sekali,kasi suspen sikit :PP

    ReplyDelete
  19. cantik dan sejuk mata memandang. bila lah dapat sampai. huhu

    ReplyDelete
  20. cantik nya semua :D teringin pulak pergi sana. hehehe

    ReplyDelete
  21. @asha hana kan? hehe :) tu la,bilalah nak sampai sana kan,huhu~

    ReplyDelete
  22. @Sabrina SA hehe,tu la... rasa nak pegi je,tapi jauh sangat,huhuu... unik dan cantik... :DD

    ReplyDelete
  23. whoahhh... very nice dear.
    Masjid yang kat Iraq tu sangat unik. Yg kat Thailand tu cantik la sebab guna warna pastel.
    Dalam banyak2, sis pernah pegi yg kat Malaysia tu le... hehe.

    sys ade buat entry pasai tu dulu ; meh la tengok (:

    http://nineteencapri.blogspot.com/2013/08/masjid-ubudiah-kuala-kangsar.html

    ReplyDelete
  24. semua cantik2.. yang kat iraq tu unik.. hehe

    ReplyDelete
  25. @Izzati Amira hehe, betul betul... cantik sangat kan? :DD tu la,saya pun suka dengan reka bentuk masjid di iraq tu,lain dri yang lain,ehehee :) ramai suka masjid kat thailand tu,hee... warna dia cantik kan? <333 wah,untung lha akak ye... dah pernah pergi masjid ubudiah tu,hihi :) teringin nak masuk situ,haritu lalu je,huhuu~

    okeh,terjah sekarang jugak,hahaa... :DD

    ReplyDelete
  26. @Anne Nurain yuppy! semua cantik dan unik,hehee :DDDD

    ReplyDelete
  27. cantiknya masjid masjid ni huhu

    ReplyDelete
  28. Reka bentuk masjid sngt cantik...

    ReplyDelete

Leave your comment here :)
No harsh/bad words ;)