Wednesday 31 July 2013

Novel : Sepetang di Kafe Biblioholic

Assalamualaikum...
haa,ni la rupa novel tu.... saya ambik dari encik google je... 
Yeay! Homework yang bertimbun tu dah berjaya disiapkan oleh saya! selalunya dalam sehari paling banyak saya buat karangan pon cuma dua karangan je,tapi kali ni berganda sebanyak dua kali,hehehe saya berjaya menyiapkan 4 karangan.... fuh,lega! selalunya saya buat 6 atau 7 perenggan je... lebih kurang 4 atau 5 ayat dalam satu perenggan... kad raya pon hampir siap,hehehe :)
Top 10: as mais belas bibliotecas do mundo – Casa Vogue
banyak giloss buku ni,fuhhh... hehehehe :D
Haa,ni baru topik yang saya nak tulis pada entry ni... bahagian atas tu saya dah melalut dah,hehehe :) cuti nuzul al-quran baru-baru ni,kawan saya pegi KL(Kuala Lumpur ye,bukan Kandang Lembu) hehehe dia beli baju raya,kasut raya kat sana la.... nadia namanya,dia ada blog jugak,hehehe :D dia ada beli beberapa buah novel. saya pinjam novel 'Sepetang di Kafe Biblioholic'. Tengok tajuk dia pon saya rasa novel tu macam best je,hehe.... maklumlah,saya ni memang suka baca novel atau bahan bacaan yang lain tapi yang utamanya novel,hehehe... mula2 tu saya tak tau apa maksud biblioholic... tapi dia ada kaitan la kan dengan perkataan yang ada 'holic' kat belakang dia kan,hehehe macam shopaholic dengan workaholic... pastu sampai satu bab tu dia bagitau maksud 'biblioholic' nak tulis pon susah perkataan ni,apatah lagi nak menyebutnya,hehe :D tergeliat lidah saya masa mula2 baca tajuk novel ni... :) biblioholic ni maksud dia orang yang sangat suka baca buku... ooo,baru tau! hehehe

best jugak cerita dia.... cerita ni tentang seorang gadis  bernama Kamellia yang telah kematian ibunya.... ayah dengan ibu dia dah lama bercerai...masa tu pulak ibu dia,Aishah tengah mengandungkan dia...ayah dia tak tau...Aisyah ni sangat mencintai suaminya,Kamal... sejak awal pertemuan lagi....lepas kematian ibunya,Kamellia duduk la sorang2 kat rumah tu... ibu dia kerja sebagai cikgu... ibu dia sangat suka minum teh,terutamanya teh Earl Grey.... Kamellia pon suka minum teh jugak... suka sangat2... lepas ibu dia meninggal,dia teru berhenti minum teh sebab bila dia minum teh,dia akan ingat pada ibu kesayangan dia tu... sedih jugak la,huhuhu :(

pastu,ayah kamellia,kamal cari kamellia.akhirnya dia jumpa juga anak kandung dia tu.... pastu disebabkan dia nak tebus kesalahan dia dulu,dia hadiahkan sebuah kafe untuk Kamellia... tapi,dia memang sayang dekat kamellia... kamellia bagi nama kafe tu,kafe biblioholic....kat dalam kafe tu ada banyak buku.... kamellia buat kafe tu untuk orang2 yang suka sangat membaca macam dia.... ayah dia suruh jadi pengurus kafe,tapi dia tak nak....dia kata dia nak mula dari bawah dulu... pengurus kafe tu nama dia redza...redza ni selalu bersikap dingin dengan kamellia padahal kamellia tak buat salah apa pon... dengan pekerja kafe yang lain dia okey je,dengan kamellia dia jadi dingin... hmm,entahla...

kamellia ni sebenarnya bekerja sebagai editor... ketua dia,Encik Umair tu garang macam singa bila dalam pejabat,tapi bila kat luar pejabat rupa2nya dia seorang yang tenang dan peramah.... encik umair ni dia suka sangat dengan espreso,redza pulak suka teh... encik umair ni sebenarnya ada satu kisah pahit yang berlaku antara dia dengan redza.... kedua-dua lelaki ni sukakan kamellia ni.... mana satu yang akan kamellia pilih? redza atau encik umair? teh atau espreso?

kalau korang nak tahu keseluruhan cerita ni,bacalah novel dia... kawan saya beli harga dia RM 20... muka surat dia kira2 400 lebih jugak la.... penulis dia bernama Ainunl Muaiyanah Sulaiman... cover dia saya rasa cantik la,hehe cerita ni dia banyak bahasa-bahasa yang tinggi,ada pasal penyajak dari Indonesia dan macam2 lagi la yang dapat menambah pengetahuan saya.... hehehe

Sekian,wassalam... :D
shopaholic.... tak cukup duit nak bayar nanti baru tau,hehehe

ni adalah salah satu contoh workaholic,hahaha XD

Homework Bertimbun!

Assalamualaikum...
lazy | via Tumblr
saya dah jadi macam dia ni dah,hehehe :D
Homework dok bertimbun masih sempat lagi nak buat entry,hehehe :) Lantaklah.... Perghh,bertimbun homework cikgu bagi! bukan untuk dibuat pada cuti raya nanti,tapi cikgu nak minggu ni jugak... cuti raya homework lain pulak la kot.... adoii.... hehehe :D BM cikgu suruh buat 6 karangan daripada surat khabar Didik minggu ni... dia bagi latihan berpandu 1 hingga 6.... cikgu saya suruh buat semua tu dan besok(Khamis) cikgu nak2 dah.... alapak! saya baru buat 3 karangan,huhuhu.... cikgu suruh buat daripada hari Isnin hari tu tapi saya mula buat pada hari Selasa,hehehe.... Teruk la saya ni.... pastu kena buat kad raya untuk subjek seni,dah la saya tangan kayu,tak reti sangat seni2 ni.... yang tulisan depan 'SELAMAT HARI RAYA' tu saya guna laptop,hehehe.... ucapan kat dalam tulis sendiri la,takkan semua nak guna laptop kot... depan je guna laptop nak bagi nampak cantik.... dalam tulisan tangan saya yang biasa-biasa je.... kad raya ni untuk diberi kepada murid2 dalam kelas saya tu la.... dia ada undian,hari Isnin hari tu cikgu bagi nombor kat kami... saya dapat nombor 20....kelas saya ada 34 orang tolak 2 orang yang tak datang Isnin lepas jadi la 32 orang je.... rugi 2 orang yang tak datang tu kan? hehe :) maksudnya kalau ada kawan saya yang dapat nombor 20,dia akan dapat kad raya yang saya buat la,hehehe... cikgu suruh buat cantik-cantik,kalau tak cantik cikgu tak akan terima...huhuhu tu semua orang pakat buat cantik-cantik tu,hehehe :) okeylah,takde apa dah yang saya nak tulis kat entry ni...

Sekian,wassalam... :D
_iт's sнoωтiiмε.s Fotos | via Facebook
saya lebih kurang macam ni la...... teruknya saya! aduhaiii.... :(

Hahah LOL
urmmm,yang ni pon lebih kurang la....

Segmen Follow April hingga Disember by cik akak omei

Assalamualaikum....

Ni first time saya join segmen...harap-harap menang la,hehehe :) saya join segmen ni sebab syarat-syarat dia senang dan tempoh segmen ni agak panjang,dari bulan April hingga Disember... lama kan? kalau korang nak join pon boleh,tekan je banner kat atas tu tau... :D okeylah,tu je yang saya nak tulis untuk entry ni...

Sekian,wassalam... :D

Tuesday 30 July 2013

Percubaan UPSR 2013

Assalamualaikum... 

Results trial dah dapat.... yang pertama sekali dapat pemahaman kot,pastu matematik dan lain2.... saya gementar jugak la.... ye la,percubaan pon penting kan...bukan UPSR sebenar je yang penting... cikgu saya kata kalau UPSR 5A pon tapi percubaan teruk tak boleh jugak... sebab ada sesetengah sekolah dia tengok kat results percubaan... cikgu saya kata kena maintain la,tak boleh kalau UPTP 1,UPTP 2 dengan percubaan teruk,UPSR 5A. dia mesti UPTP 1,UPTP 2 dengan percubaan keputusan okey... jangan masa UPSR je kita pulun buat latihan,ulangkaji... betul jugak kan? dan alhamdulillah! percubaan kali ni saya dapat 5A dan lebih elok berbanding UPTP 1 dan 2 dulu walaupun UPTP 1 dan 2 dulu saya dapat 5A,tapi A kali ni lebih besar,hehehe... UPTP 2 dulu semua A atas pagar je.... kecuali math.... math je yang dapat 90 lebih... yang lain 80 lebih... huhuhu 
Teens Life ✿, about the exam, LOL, not true at all.
lebih kurang macam ni la saya rasa :) tapi takde la sampai dying,hehehe 
Kali ni 6 orang je yang dapat 5A.... UPTP 1 dulu 2 orang,UPTP 2 pulak 3 orang.... hurmm,tapi cikgu kata pencapaian ni belum mencapai tahap lagi la... UPSR tahun ni cikgu target 25 orang dapat 5A,harap2 boleh la,aminn.... 4A 1B 10 orang rasanya... yang dapat 5A saya,Alya,Nafizuddin,Shazly,Nawal dan Nadia. haa, keputusan trial saya, saya tulis kat bawah ni tau :-

BM Pemahaman : 90%

BM Penulisan : 92%

B. Inggeris : 91%

Matematik : 100% (haa,yang ni saya tak sangka saya boleh dapat 100,alhamdulillah! soalan dia agak senang     jugak la,ada kawan saya kalau tak dia boleh dapat 100 tapi dia cuai 1/2 soalan...rugi la kan?)
wendyxj
hihihi :D
Sains : 82% (kalau tak saya dapat 78%,tapi ada soalan yang cikgu silap tanda... 2/3 soalan kot .... saya betul soalan yang cikgu silap tanda tu,dapat la 82%.... sains je yang dapat 80 lebih... sains kertas 1 saya rasa susah jugak la,kertas 2 ada soalan tricky.... ramai jugak la yang salah soalan tricky tu)

Math first time dapat 100% UPTP hari tu dua-dua dapat 97%...  meningkat 3 markah la...okeylah,tu je yang saya nak tulis pasal periksa ni... kakak saya minggu lepas dengan minggu ni percubaan... dia form 3,jadi sepanjang minggu ni saya la kena iron baju sekolah dia sebab dia nak ulangkaji,huhu... good luck for her!dan kepada sesiapa yang ada periksa ke ujian ke,all the best for you!!! buat elok-elok tau.... tata!titi!tutu! 

Sekian,wassalam...

Monday 22 July 2013

Hari Sukan SKPS 2013

Assalamualaikum...

Hari sukan ni dah lepas dah,hujung bulan jun hari tu... blog saya kan tak boleh bukak,saya tak post la entry pasal hari sukan ni kan? hari ni baru berkesempatan nak tulis entry,hehe ^^ saya rumah hijau,korang rumah sukan apa? rumah hijau nama dia syahbandar,rumah merah bendahara,rumah kuning temenggong dan rumah biru laksamana,hehe saya tak masuk apa-apa pon,lari 4x100 dengan 100 meter je,hehe haa,lagi satu saya masuk tarik tali... kami dapat tempat kedua! mula-mula lawan dengan rumah biru,kami menang... pastu final dengan rumah merah,kami kalah... tapi dapat tempat kedua lah,rumah merah johan... okeylah tu kan? tarik tali perempuan rumah hijau badan semua kecik2,hehe mana tak kalah dengan rumah merah yang kuat tu... rumah kuning ketiga,rumah biru keempat...

perbarisan saya tak masuk... yang masuk perbarisan tu semua tak terlibat dengan apa-apa acara,jadi saya tak masuk la sebab saya terlibat... huhuhu perbarisan rumah hijau dapat tempat ketiga... tempat pertama rumah kuning... perbarisan diorang cantik la,siap ada naga lagi tu,hehe pemenang keseluruhannya rumah merah(bendahara). kedua rumah kuning(temenggong),ketiga rumah hijau(syahbandar) dan keempat rumah biru(laksamana)... rumah kuning dengan hijau tak banyak beza pon,mula-mula rumah hijau mendahului rumah kuning,pastu rumah kuning pulak... kalau tak mesti rumah hijau dapat naib johan,huhu... sebenarnya saya rumah kuning,pastu saya tukar ke rumah hijau...okeylah,tengok la gambar2 kat bawah ni ye! ^^
acara tarik tali

cikgu muttakin akmal dan tunangya...
lontar peluru! ^_^
berat tak bola nih? hehe

aina!
lontar peluru lelaki tahun 6

farisha comel!
markah rumah sukan... tengok rumah hijau tu,hehe
amboi aimi!
fazlin dan nawal
hehehe
taekwando! haiyakkk!
juliana!
candid je ni,hehe
saya dan nawal... pelik lah muka saya
orang-orang yang comel!
dari kiri: syaheila,fazlin,juliana,auni dan nawal
auni sorang je buat peace?
adudu datang,hehe
nawal cantik!!!
nawal dan syaheila
ni khemah untuk murid-murid
perbarisan rumah hijau
rumah biru,siap ada payung diraja lagi tu,hehe
badut rumah merah!
naga rumah kuning! hehe


perbarisan rumah sukan
rumah kuning dan merah
rumah biru dan hijau,nampak tak adudu tu?

rumah hijau!
nawal!
perbarisan rumah kuning!
tengah tu paling tinggi

nak semua ni boleh? hehe

saya dah letak watermark yang kak irdina bagi tu kat gambar2 ni, nampak tak? saya letak kat bawah sebelah kanan.... okey tak? okeylah,tu je untuk entry kali ni... see you soon! ^^

Sekian,wassalam... :D

Friday 19 July 2013

Wah! Bestnya!!! ^^

Assalamualaikum.... Apa khabar???

Tadi saya bukak blog, pastu saya tengok la shoutbox... nak tengok pengunjung yang tinggalkan tapak kaki kat blog saya ni... Kak Irdina ialah salah seorang daripadanya,hehehe  nak tengok dia tulis apa?


haa,ni la yang dia tulis... nampak tak? sorry la ye,gambar ni blur sikit.... tengok yang dia tulis kat atas sekali tu.... dia kata nak bagi sesuatu kat saya kan? hehehe.... saya pon tekan la link tu... saya tengok la dekat new tab.... rupa-rupanya dia bagi watermark kat saya... ohhhh! terharunya saya,cantik pulak tu,siap ada nama saya sekali,hehehe  cantik sangat,warna dia pon cantik.... nak tengok???


haa,cantik kan? bestnya!!! terima kasih kak irdina! terima kasih! saya tak tau la nak bagi apa kat kak irdina.... hmm.... saya tak pandai sangat pasal blog2 ni,huhu... takpe nanti saya akan cuba! yess,chaiyok fatanah! hehehe... saya nak try buat header sendiri guna http://pixlr.com/editor/ dan photoscape, saya tak reti guna photoshop,hehehe :)

Sekian,wassalam... ^^