Sunday 2 December 2012

Cerita lawak :D

Assalamualaikum....

Hari ni saya x nak tulis banyak-banyak. Saya nak post pasal cerita lawak je....semua cerita ni saya ambik drpd internet jadi kalau korang nak baca banyak lagi cerita lawak korang cari la kat internet ye sebab saya ambik sikit2 je....

Cerita 1

Man: Bapa aku hebat. Dia polis. Semua orang takut ngan dia.
Ali: Eleh, bapa aku lagi terer. Kalau dia suruh orang tunduk, mesti orang tu tunduk.
Man: Wow! Bapa kau keja apa?
Ali: Tukang gunting rambut.

Cerita 2


Ayah: Apasal B.I kamu ni asyik dapat kosong jer...! Apasal hah?
Anak: Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyak kat bebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila giliran adik jer, bintang dah abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan.

Cerita 3

Doktor: Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari.
Pesakit: Eh! tak boleh la doktor.
Doktor: Kenapa?
Pesakit: Rumah saya ada dua sudu jer.

Cerita 4


Cikgu: Hasan,sambungkan 2 ayat ini menjadi satu. 'Ali menaiki basikal ke sekolah. Ali ternampak mayat.'
Hasan: Ali ternampak mayat menaiki basikal ke sekolah.

Cerita 5

Cikgu: Encik,anak awak didapati meniru Ali dalam exam.
Bapa: Apa bukti awak?
Cikgu: Encik tengok soalan nombor 4 nie. Siapakah menemui Pulau Pinang? Seman tulis "Saya tak tahu"dan anak encik tulis "Kalau engkau tak tahu, aku lagi la tak tahu".

Cerita 6

Seorang lelaki telah pergi ke sebuah kedai kek untuk memesan sebiji
kek sempena hari jadi isterinya. "Apa yang hendak ditulis pada kek
ulang tahun ini, encik?" tanya si gadis manis yang bertugas di
kaunter kepada lelaki itu."Mmmm, tulis saja "Sayang tidak bertambah
tua" di bahagian atas, kemudian sambung dengan "Sayang cuma bertambah
cantik" di bahagian bawah," kata lelaki itu.

Esoknya, lelaki itu datang mengambil kek yang ditempahnya itu dan
terus membawa pulang ke rumah untuk dipersembahkan kepada isterinya
yang tersayang di hadapan tetamu-tetamu yang lain. Dan ketika kek itu
dibuka di depan isteri dan tetamu undangan yang lain, lelaki itu
setengah pengsan ketika membaca tulisan yang tertera di kek itu:

"SAYANG TIDAK BERTAMBAH TUA DI BAHAGIAN ATAS. SAYANG CUMA BERTAMBAH
CANTIK DI BAHAGIAN BAWAH."

Cerita 7


Seorang pesakit yang akan dibedah terbaring di katil bilik bedah dengan muka yang pucat. Seorang doktor bedah muda masuk sambil menyapa pesakit tersebut dengan ramah.
“Awak kelihatan takut sekali, jangan bimbang, semuanya akan berjalan dengan baik dan lancar, jadi tabahkan hati mu…”
“Bagaimana tidak takut doktor, seumur hidup, inilah kali pertama saya dibedah.”
“Sama-sama, saya juga kali pertama buat pembedahan, saya sama sekali tidak merasa takut…”

Cerita 8

Suami : Kenapa sayang menangis?
Isteri : Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri : Buku bank abanglah..

Cerita 9

Ada sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta
derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun membuka
pintu.
budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk
didermakan?
budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????

Cerita 10

3 orang asli menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor
tersebut tidak berhenti. Katanya, ‘Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!


Cerita 11

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk
menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus.
Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik
berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang
strok.
Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit
jantung
manakala yg ketiga
disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : 
Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya…

Ha.... cam ner? lawak x? sebenarnya ada banyak lagi cerita lawak tapi saya malas nak letak... mesti ada antara cerita2 kat atas yg korang pernah baca. betul x? kalau lawak komen la.

                                                        Okey,bai. See you in the next post....
                                           




No comments :

Post a Comment

Leave your comment here :)
No harsh/bad words ;)